,
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

Khairil Khusyairi
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Elak Buka Aib Pasangan

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau berkata setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.

“Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan.

“Islam mengajarkan melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
"Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan. Namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat,” kongsinya dalam satu artikel.

Jaga Emosi Anak-Anak

Tambah Zulkifli lagi, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.

“Jangan sekali-kali mencederakan emosi kerana anak-anak mempunyai hak merasai kasih sayang ibu bapa.

“Anak-anak adalah amanah Allah dan kita wajib menjaga kebajikan mereka dengan penuh perhatian.
“Dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada Allah adalah sandaran utama sebagai hamba-Nya. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran dan petunjuk dalam melalui ujian ini,” tulisnya.

Jaga Maruah

Akhirnya, Zulkifli turut menyarankan agar menjadi seorang yang sentiasa mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.
“Perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran kedua-dua pihak.

"Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing," nasihatnya.

Terdahulu, heboh pelbagai berita perpisahan antara pasangan terutama dalam kalangan selebriti dan pempengaruh yang menjadi topik bualan ramai dalam media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Terkini

Isu Pembatalan Konsert, Tomok Nasihat - “Kena Tahu Latar Belakang & Pengalaman Pihak Penganjur”

gempak
13/11/2024
13:17 MYT
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, 40, menasihatkan setiap penyanyi yang ingin mengadakan konsert harus tahu tentang latar belakang pihak penganjur.
Hiburan

“Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

gempak
13/11/2024
07:25 MYT
Pelakon Fazura memaklumkan bahawa keadannya lebih tenang selepas sebulan bercerai dengan aktor Fattah Amin.
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Unitar