Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meraih perhatian wargamaya apabila memilih kedai gunting rambut hipster milik penyanyi rap Joe Flizzow untuk memotong rambutnya.

Menerusi laman sosial Twitter, Dr Zul memuat naik sekeping foto ketika menggunakan perkhidmatan mengunting rambut di Joe’s Barbershop cawangan Nilai, Negeri Sembilan untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian itu lagi, Dr Zul kelihatan cukup relaks sambil rambutnya dirapikan.

Menurut beliau, kejayaan anak muda Muslim dalam pelbagai bidang membuatkan dirinya bangga.

“Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” tulisnya.

Malah, Dr Zul turut menyenaraikan beberapa badan kerajaan yang meyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca COVID-19.

Meninjau ke ruangan komen, foto tersebut menerima pujian wargamaya terutamanya apabila bekas mutfi Kuala Lumpur itu tidak kekok mencuba kedai hispter yang menjadi selera anak muda.

Selain Dr Zul, tukang gunting rambut tersebut turut menerima usikan wargamaya apabila dikatakan mirip pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid.

“Kalau saya yang gunting tu, mau saya berselawat je datuk sampai habis potong,” usik seorang wargamaya.

“Rambut apa agaknya yang barber ni gunting untuk YB kita ni ye? YB @drzul_albakri payung sikit rambut baru,” pinta seorang wargamaya.

“Hebat dan berbakat Safawi JDT ni. Main bola power jadi barber pun reti,” tulis seorang wargamaya.

“Nampak gaya macam style rambut Mo Salah tu,” kata seorang wargamaya.

“Wahh bestnya dapat Safawi yang guntingkan rambut,” usik seorang wargamaya.

“Confirm muda 20 tahun hahaha,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 4,000 ulang kicau dan 14,000 tanda suka daripada warga Twitter.