Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dr Zulkifli Singgah Berkuliah di Slim River Sebelum ke Putrajaya

Kamaruddin Razal
09/03/2020 14:13 MYT
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tetap meneruskan rutin sebagai pendakwah walaupun nama beliau sudahpun disenaraikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), lapor Astro Awani.

Dalam satu muat naik di laman Twitter, tokoh agamawan yang mesra media sosial itu juga memohon semua pihak agar mendoakan, membantu dan memberikan pandangan kepada beliau dalam menjalan tugas sebagai menteri.

"Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya," ciap Dr Zulkifli.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Zulkifli merupakan lulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang Shariah dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah dan sarjana dari Universiti Islam Arab dan Sains di Damsyik, Syria.

Sejak 2005 beliau menghasilkan 300 buku dalam bidang akidah, undang-undang Islam, hadis dan Sufisme serta terjemahan dari Bahasa Arab.


Sumber: Astro Awani
#Kabinet Baharu #Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri #New Cabinet