Drake Nafi Suruh Peminat Buka Hijab Ketika Konsert

Rozaimi Zubaidi
Februari 13, 2017 05:49 MYT
Penyanyi popular Drake, dikecam kerana dikatakan bersifat rasis terhadap peminatnya yang beragama Islam.
Menerusi laporan Mirror, penyanyi rap tersebut didakwa telah menyuruh empat wanita muslim yang menonton konsertnya membuka hijab.
"Kamu yang kepanasan memakai tudung di sana, boleh untuk membukanya," katanya menerusi sebuah video yang telah tersebar di media sosial.
Akibat daripada video itu, Drake telah menerima kritikan hebat netizen di media sosial yang menganggapnya sebagai seorang yang rasis.
Malah ada di kalangan mereka mengancam akan memboikot konsertnya.
Namun tidak lama selepas itu, Drake telah memuat naik sebuat foto di akaun Instagramnya dengan mengatakan hal tersebut hanya salah faham.
Drake menjelaskan peminat yang ditegur itu bukannya berhijab sebaliknya mereka mengenakan jaket dan selendang musim sejuk.
"Saya sebenarnya mengetahui apa itu hijab dan tidak akan pernah mengeluarkan kenyataan tidak sopan seperti itu kepada orang yang memakainya," katanya.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Penyanyi #Penyanyi #Drake