"Drama Band Kau Memang Pandai, Tapi ....." - Michael Ang

Rozaimi Zubaidi
Februari 19, 2019 04:41 MYT
Pengarah terkenal Michael Ang memuji tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Drama Band dalam mempromosikan lagu terbaharu mereka berjudul Drama.
Menerusi entri di Instagram (IG), Michael beranggapan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Drama Band adalah sesuatu yang bijak.
"Drama Band kau memang pandai, selalunya kalau lagu baru keluar dan nak keluarkan dekat radio kena tunggu beberapa bulan baru radio main.
"Sekarang lagu kau keluar terus main dekat radio, sebab kau pandai. Pandai kau guna kontroversi untuk kontroversikan korang punya muzik video.
"Tapi perlu ke terasa orang cuma parodikan sahaja. Itu pun sensitif sangat. Malaysia ni memang sensitif sangat la.
"Apa apa pun @dramabandmy memang pandai melariskan lagu! Hehehehe luv you all," katanya.
Sebelum ini, kumpulan Drama Band menerima kritikan hebat daripada netizen apabila muzik video terbaharu mereka berjudul Drama dikatakan 'membahan' Haqiem Rusli, Nabila Razali dan bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee.
#Michael Ang #Drama Band #Pengarah