Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

Gempak
16/09/2024 09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.

BERITA TRENDING: Meet the Emmy Award-Winning Prosthetic Makeup Artist for Stranger Things who is Half-Malaysian, Half-British

Pencapaian itu mengatasi kemenangan siri mini John Adams yang menang 13 trofi pads 2008, manakala untuk kategori drama dipegang Game of Thrones dengan 12 kemenangan sebelum ini.



Lebih manis, Shogun turut membawa pulang trofi utama Siri Drama Terbaik selain menjadi filem bukan berbahasa inggeris pertama yang mengungguli kategori siri drama.

"Ia adalah projek impian pertembungan Timur dan Barat, serta hormat," kata pelakon utamanya Hiroyuki Sanada yang menjadi pelakon Jepun pertama merangkul trofi Emmy untuk kategori Pelakon Utama Lelaki Dalam Drama Siri Terbaik.

Rakan senegaranya, Anna Sawai yang turut membintangi Shogun membawa pulang Pelakon Utama Wanita Dalam Drama Siri Terbaik.




Siri terbitan Disney dan diadaptasi daripada karya James Clavell itu mendapat 25 pencalonan keseluruhannya.

Antara kejutan pada edisi kali ini juga tentunya pencapaian luar biasa siri Hacks yang memenangi trofi Siri Komedi Terbaik menumpaskan calon kegemaran, The Bear.

Bagaimanapun, The Bear tetap unggul apabila meraih 11 kemenangan termasuk kategori Pelakon Lelaki Utama Dalam Siri Komedi Terbaik menerusi Jeremy Allen White.

Siri terhangat Netflix, Baby Reindeer pula meraih pencapaian membanggakan dengan enam trofi dalam kategori siri pendek.

Pencipta siri itu selaku pelakon utamanya turur memenangi pelakon lelaki terbaik kategori berkenaan.

Sumber: Harian Metro
#Filem #Drama #Anugerah #Menang #Trofi #Emmy #Shogun