Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

Amri Hassan
02/05/2024 14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024).

Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura.

Dian sangat kecewa atas perbuatan Zarif terhadapnya. Lagi bertambah rumit apabila Arman cuba untuk memastikan Dian jatuh kepangkuannya. Ini membuatkan Zarif tidak senang duduk dan takut akan kehilangan Dian.

Apakah tindakan dan rancangan Zarif untuk memastikan Dian kekal mencintainya atau segala rahsia Zarif akan terbongkar?

Takdir Itu Milik Aku akan disambung mulai 6 Mei 2024 dan akan bersiaran setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro Ria, Strim Astro GO dan Aplikasi Sooka.

Teruskan menonton TIMA dan ikuti perkembangan dan promosi Takdir Itu Milik Aku dari karya terbaik dan popular dari Siti Rosmizah ini dari laman sosial di Astro
#Emma Maembong #Shaheizy Sam #Drama #Takdir Itu Milik Aku