,
Laman Utama

Drama Makin Hebat & Berkualiti, Astro Kunci 4 Buah Novel Siti Rosmizah!

Hanafis Haris
07/03/2022
12:46 MYT

Ibarat ‘pesta’ buat peminat drama tanah air apabila Astro mengumumkan pemeteraian kerjasama jangka masa panjang dengan novelis prolifik Siti Rosmizah Semail menerusi syarikatnya SR One Sdn Bhd.

Majlis yang diadakan secara eksklusif itu menyaksikan pemeteraian yang berlangsung antara Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario dan Pengarah SR One Sdn. Bhd sendiri iaitu Siti Rosmizah Semail.

Difahamkan, kolaborasi ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hab utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupun kandungan yang berprestij dengan mengunci empat buah novel hasif nukilan penulis prolifik.

Empat karya novel itu termasuklah Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku yang bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac in sehingga 2023.

Tambah menakjubkan, penjualan novel-novel tersebut telah mencecah lebih daripada setengah juta naskah dan merupakan antara novelnya yang terlaris.

Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama-drama beliau.

Watak-watak yang dihasilkannya adalah ikonik dan seringkali menjadi topik perbualan di laman jaringan sosial sehinggakan trending.

Adaptasi hasil-hasil nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan peminat-peminat drama tempatan.

Kejayaan drama-drama adaptasi beliau yang lalu menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten.

Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk 2019.

Manakala Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk 2021.

Menurut Siti Rosmizah, pengalaman baik menerusi drama-dramanya yang lalu membuatkan senang untuk berkolaborasi dengan pihak Astro.

“Dengan kerjasama ini, saya berharap drama-drama yang dipertontonkan mampu mendapat rating yang tertinggi dan menjadikan seleksi drama ini rancangan nombor satu di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kerjasama kali ini membuktikan keupayaan Astro untuk berdaya saing dalam industri yang amat kompetitif dengan membawa kandungan-kandungan berkualiti tinggi.

"Dengan sukacitanya, saya bagi pihak Astro ingin mengumumkan kolaborasi bersama penulis novel prolifik negara, Siti Rosmizah.

“Kerjasama ini akan menyaksikan empat buah novelnya dikunci untuk diadaptasi sebagai drama di Astro. “Ini termasuk Jangan Menangis Cinta yang bakal bersiaran pada bulan Mac ini, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku.

“Sekali lagi Astro membuktikan kemampuan untuk berdaya saing dalam industri yang amat kompetitif dengan membawa kandungan berkualiti tinggi dan premium untuk tatapan penonton-penonton,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Unitar