Laman Utama
Drama Premium Setanding Korea? Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Projek: Anchor SPM!
Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Drama bersiri premium Projek: Anchor SPM bakal ditayangkan hari ini (Isnin) pada jam 9 malam di Astro Citra.
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, drama Astro Originals ini menjanjikan kualiti ‘next level’ seperti filem.
Namun, apa yang menariknya tentang Projek: Anchor SPM ini?
Benarkah ia mempunyai elemen Korea seperti yang digembar-gemburkan?
Ini lima sebab mengapa anda wajib tonton Projek: Anchor SPM!
#1 Kualiti Premium Setanding Korea!
Drama ini mendapat sentuhan kreatif daripada dua pengarah berbakat besar tanah air iaitu pengarah filem PUSAKA, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf.
Gabungan ini pastinya menghasilkan karya berbeza khususnya daripada aspek teknikal untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi.
Menurut Razaisyam, drama ini banyak mengambil reference daripada drama Korea (K-drama) dan juga karya tempatan iaitu Kami.
Perkara ini sekali gus menafikan dakwaan orang ramai tentang isu Bad Genius daripada Thailand.
Jelas Razaisyam lagi, menerusi drama ini dia lebih memberi tumpuan kepada aspek visual dan teknikal, manakala Anwari memantau aspek storyline.
Jadi, pastinya penglibatan dua pengarah dalam drama akan menghasilkan karya yang next level!
Anda boleh tonton trailer di bawah untuk melihat sendiri sedutan drama ini.
#2 Pelakon Muda Lagi Fresh, Jambu Pula Tu!
Bosan asyik pelakon yang sama? Projek: Anchor SPM bakal membawa barisan pelakon muda yang hebat.
Siapa tak kenal Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha bukan? Gandingan duo ini menjanjikan lakonan hebat dengan penuh emosi.
Malah, Razaisyam sendiri memuji Aedy sebagai antara pelakon terbaik dia pernah bekerjasama.
Selain itu, Projek: Anchor SPM turut menyaksikan barisan pelakon baru meningkat naik Nadhir Nasar, Chubb-E dan Shasha Abedul.
Baru tapi sangat promising! Tak percaya? tontonlah sendiri.
#3 Pelakon Senior Kelas A!
Selain pelakon baru, Projek: Anchor SPM turut diperhebatkan dengan pelakon senior termasuklah Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Paling menyerlah pastinya watak pengetua dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie.
Malah, Adlin sudah bersedia sekiranya karakter itu dibenci penonton!
Menurut Adlin, setiap karakter mempunyai sisi jahat termasuklah pengetua Awang itu sendiri.
“Teruskan membenci saya, kalau nak bertambah lagi benci, pastikan anda semua tonton drama ini setiap episod," katanya.
#4 Throwback Zaman SPM! Nokia 3310, Discman & Banyak Lagi!
Untuk makluman, drama Projek: Anchor SPM berlatar belakangkan tahun 2003.
Disebabkan itu penonton akan lihat gaya dan suasana itu sedikit berbeza.
Malah, props digunakan dalam drama ini juga disesuaikan dengan tahun berkenaan.
Anda akan melihat banyak barangan old school seperti Nokia 3310, Discman, MP3 player dan banyak lagi.
Drama ini sangat terperinci dan banyangkanlah bagaimanapun pelajar sekolah tersebut meniru tanpa penggunaan internet!
#5 Sarat Dengan Misteri, Emosi Pelajar...Ibu Bapa & Guru Pun Kena Tonton!
Secara ringkasnya Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang kesungguhan pelajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
Namun, disebalik itu, tersembunyinya pelbagai kisah baik dan buruk.
Aspek psikologi, tekanan daripada keluarga dan pengaruh rakan sebaya, semuanya bakal didedahkan dalam drama ini.
Tidak hanya pelajar, ibu bapa dan guru juga boleh ‘relate’ drama ini dalam kehidupan mereka.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula hari ini.
Untuk rekod, isu dalam drama Projek: Anchor SPM mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw