Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Drama Trending Dari Stesen TV lain Juga Boleh Sertai”- Gempak Most Wanted Buka Penyertaan Selain Dari Platform Astro

Syafiqah Jalal 14/10/2022 | 11:20 MYT

Gempak Most Wanted merupakan program TV serta acara anugerah yang penyertaannya terbuka kepada semua platform atau OTT (over-the-top media) bukan sahaja kandungan atau personaliti dari Astro sahaja.

Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, berkata Gempak Most Wanted (GMW) akan membuka semua penyertaan tidak kira dari stesen TV pesaing asalkan ia merupakan kandungan yang trending dan viral.
“GMW ini satu program yang berkonsepkan ‘chart show’ yang unik dan menyeronokkan. Tidak kira sesiapa penonton atau netizen boleh hantar sahaja pencalonan yang mereka rasa layak kerana sedang trending.
“Tidak kira kandangan atau content itu dari mana-mana platform termasuk pesaing Astro sekalipun. Sebagai contoh drama kami terbuka bukan untuk drama Astro sahaja, malah mana-mana drama yang sedang trending dari platform atau stesen TV lain ketika itu seperti Media Prima atau Viu sekalipun.
“Malah kami tidak akan bias kerana akan ada panel dari luar yang kami jemput untuk sama-sama menilai content mana yang layak dipilih dan diangkat pada acara anugerah nanti,” katanya.
Syazwan berkata begitu ketika media dalam acara pelancaran GMW di Astro pada Rabu.
Pun begitu, Syazwan memberitahu akan ada tapisan terhadap kandungan supaya GMW dapat mengangkat sesuatu yang bakal memberi inspirasi yang baik dan positif buat masyarakat dan penonton.
“Meskipun kita terbuka kepada semua untuk mencalonkan sesiapa yang mereka mahu namun tetap akan ada panel yang menapis setiap content atau kandungan terutama dari digital.
“Kami akan memilih personalitI atau selebriti digital yang memberi eksan yang baik pada masyarakat dan penonton.
“Saya faham dalam ada juga yang membuat content for the sake of attention atau keburukan tapi kita akan memilih mereka yang boleh memberi inspirasi pada masayarakat dan penonton kita,” ulasnya lagi.
Penghasilan GMW adalah sebagai sebuah jenama yang memaparkan kandungan-kandungan hiburan terhangat dan terkini di platform media sosial.
GMW turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kehebatan pengguna-pengguna jaringan media sosial dalam menghasilkan kandungan yang diminati netizen.
Pemilihan video-video viral ini akan disenarai dan diundi oleh netizen untuk menentukan pemenang yang layak mendapat pengiktirafan mereka menerusi rancangan mingguan.
Gempak Most Wanted dipecahkan kepada sembilan kategori. Kategori tersebut ialah:
Lagu Trending Tergempak: Lagu-lagu hit yang trending
Video Muzik Tergempak: Video muzik rasmi yang mempunyai 1 juta tontonan atau lebih
Drama Trending Tergempak: Drama bersiri daripada digital, televisyen dan OTT yang menjadi viral dan mempunyai capaian sosial yang tinggi
Digital Influencer Tergempak: Personaliti media sosial
Motivator Digital Tergempak: Personaliti media yang menggunakan media sosial sebagai platform utama mereka untuk berkongsi kandungan positif atau rohani
Selebriti Digital Tergempak: Selebriti popular yang aktif menghasilkan kandungan di saluran YouTubenya tersendiri
Digital Content Creator Tergempak: YouTuber atau personaliti media sosial yang mencipta kandungan tular
Personaliti Gamer Tergempak: Gamer yang bermain permainan elektronik seperti Dota, PUBG, Mobile Legends dan banyak lagi.
Video Trending Tergempak: Video yang viral di YouTube atau media sosial yang mempunyai 1 juta tontonan atau lebih
Dengan konsep yang vibrant dan trendy, rancangan ini menampilkan Amelia Henderson serta Sean Lee sebagai hos. Pencalonan Top 5 dan pencalonan baharu mingguan akan diundi oleh Netizen di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted pada setiap minggu bermula hari Rabu, jam 9.30 malam sehingga hari Isnin minggu berikutnya, pada 11.59 malam. Keputusan undian akhir akan diumumkan dalam episod baharu.
Gempak Most Wanted ditayangkan pada setiap hari Rabu bermula 28 September 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
GEMPAK MOST WANTED AWARD 2022
Untuk anugerah pula, ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia. Personaliti dan kandungan yang ingin dicalonkan mestilah dihasilkan di antara tarikh 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022. Netizen boleh mencalonkan personaliti dan kandungan kegemaran mereka bagi setiap kategori yang dipertandingkan bermula 12 Oktober 2022 sehingga 12 November 2022.
Untuk menghantarkan pencalonan serta info lebih lanjut mengenai terma dan syarat boleh layari gempak.com/gempakmostwanted.
Video-video Top 5 yang mendapat undian tertinggi dalam setiap kategori akan dipilih untuk memenangi anugerah daripada Gempak dalam GMW Award 2022. Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian netizen serta kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Gempak untuk memberi pengiktirafan kepada mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempak.com/gempakmostwanted.

#Astro #Platform #Gempak Most Wanted #Penyertaan
;