Laman Utama

Dramanya! Crown Ratu Cantik Sri Lanka Kena Rampas Ketika Live, Tuduh Tak Layak Menang Sebab ...

gempak
Amri Hassan
08/04/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
Dramanya! Crown Ratu Cantik Sri Lanka Kena Rampas Ketika Live, Tuduh Tak Layak Menang Sebab ...
Hanya sempat merasa juara selama beberapa minit sahaja, mahkota kejuaraan ratu cantik Mrs Sri Lanka 2021, Pushpika de Silva dirampas oleh pemenang tahun lalu, Caroline Jurie.
Jurie secara tiba-tiba meluru naik ke atas pentas sekali gus merentap mahkota yang telah dipakaikan di atas kepala De Silva ketika siara langsung pada Ahad lalu.
Akibat kejadian itu, De Silva mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap insiden memalukan itu.
Bagaimanapun, De Silva kembali dimahkotakan sebagai juara Mrs Sri Lanka 2021 dalam satu majlis diadakan pada Selasa.
"Saya maafkan semua individu yang terlibat dalam insiden memalukan itu. Jika ada pihak yang fikir tindakan mereka dapat menghalang saya, ia tidak akan berjaya. Saya adalah wanita besi," katanya.
Tindakan Jurie disebabkan ketidakpuasan hati De Silva dinobatkan sebagai juara memandangkan wanita itu didakwa sudah bercerai dengan suaminya.
Difahamkan, wanita yang sudah bercerai tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pertandingan itu.
Namun, jelas De Silva, biarpun sudah tidak sebumbung dengan suaminya, mereka masih punyai ikatan sah sebagai pasangan yang masih berkahwin.
Penganjur turut menuntut ganti rugi daripada Jurie yang memegang gelaran 'Mrs World' kerana perbuatannya telah menyebabkan beberapa kerosakan dan tidak menghormati majlis.
"Kami juga telah memulakan siasatan. Saya berasa sangat kesal dengan perbuatan Jurie," kata pemegang francais acara itu, Chandimal Jayasinghe.
Sumber: AFP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live