Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Dream Come True" - Alif Satar Kini Jadi Pembaca Berita?

Asraf Aided
18/04/2019 12:23 MYT
Selebriti popular, Alif Satar berkongsi sepotong video dia membaca berita untuk Berita Komuniti Awani.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Alif mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana memberi peluang kepadanya untuk merasai pengalaman membaca berita.

"Thanks for making it a dream come true! Pembaca berita Awani guys OMG!

"Suara last tu Shadila Halid (isterinya) tengah gelak," tulis Alif sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Alif menyampaikan berita.

thanks for making it a dream come true!!!!!!!!!!!!!!!????? pembaca berita @501awani gaisssss oh emmm geeeeeeeee!!!! p/s yang suara last tu suara @shadilahalid tengah gelak.

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Antara artis lain yang turut menjadi penyampai berita tersebut adalah Adibah Noor, Erra Fazira, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi.
#Alif Satar
;