Laman Utama

Dron Aris Ariwatan Hilang Masa Shooting Tasik Kenyir, Ada 'Benda' Sorok - "Bila Jumpa Balik, 'Dia' Nak Belanja Shot Paling Cantik"

gempak
Amri Hassan
28/03/2022
13:55 MYT
Sponsor Banner
Dron Aris Ariwatan Hilang Masa Shooting Tasik Kenyir, Ada 'Benda' Sorok - "Bila Jumpa Balik, 'Dia' Nak Belanja Shot Paling Cantik"
Penyanyi dan komposer lagu Kenyir... Keindahan Alami, Aris Ariwatan berdepan detik menyeramkan ketika hari terakhir penggambaran lagu tema terbabit.
Jelas Aris, 57, ketika mahu menghabiskan penggambaran pada hari keempat, dron yang dikawal oleh produksinya tiba-tiba gagal dikesan.
"Masa shooting hari terakhir, 'signal' sampai. Dron saya terbang untuk shot terakhir setelah tiga hari di sini (Tasik Kenyir), tiba-tiba gagal dikesan. Lost di satu tempat kalau tak silap di Kampung Belimbing.
"Saya tak risaukan dron itu tapi footage dalamnya. Kami panik, lepas 10 minit dengan izin Allah dapat balik dron tu.
"Saya ingat habis situ, bila balik studio edit, rupa-rupanya 'dia' belanja shot begitu cantik. Shot memang saya nak cari, memang cantik! Tidak terlampau artistik, seolah-olah menggambarkan 'akulah Kenyir'! 'Dia' memang nak bagitahu terima kasih," katanya kepada Gempak.
Aris ditemui pada majlis pelancaran lagu Kenyir... Keindahan Alami yang menjadi lagu tema sesulan kempen Tahun Melawat Kenyir 2021.
Lagu itu merupakan usahasama Aris dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.
Menjadi penyanyi yang bukan berasal dari Terengganu namun mempromosikan produk negeri berkenaan, jelas Aris dia sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang berminat dengan hasil kerjanya.
"Perak tak panggil saya buat lagu, jadi saya buat siapa panggil. Mereka mempercayai hasil kerja itu dan saya harap mesej sampai.
"Ramai tak tahu saya menulis lagu Pesta Pulau Pinang 2004, bukan hanya lagu komersial tapi juga lagu untuk produk. Saya suka berkarya.
"Elemen saya masukkan dalam lagu ini, etnik! Lirik, dialek dan melodinya. Saya nak ketengahkan tentang sembilan kampung di Tasik Kenyir yang sudah tenggelam.
"Antaranya kampung Petang, 1957 kerajaan minta evakuasi semua penduduk kampung naik ke Kuala Berang sebab tasik akan dibina. Tasik Kenyir juga ada banyak negara yang bekerja untuk membinanya.
"Jadi saya melihat Tasik Kenyir bukan hanya sekadar house boat. Ada fosil manusia pertama berusia 16,000 tahun di Gua Bewah," katanya teruja.
Tambah Aris, promosi lebih kencang patut diteruskan untuk memperkenalkan pelbagai keunikan di Tasik Kenyir, bukan hanya flora dan fauna bahkan sejarah yang terkandung di perut tasik itu.
"Saya cuma dapat meneroka 10 peratus saja, sedangkan ada lebih 360 buah pulau di Tasik Kenyir. Terengganu miliki mutiara yang harus dihebahkan!
"Untuk projek ini juga, saya dapat menemuramah penduduk terakhir di Pulau Petang namanya Muhammad Jusoh dan saya ambil watak dia guna nama Tok Aki dalam video muzik Tasik Kenyir. Menunjukkan bangsa Melayu itu berani, kuat dan hebat!
"Bagi saya, Kenyir tersimpan pelbagai khazanah dan saya yakin pengunjung dari luar akan datang dan meneroka. Di dalam kampung yang tenggelam itu ada macam-macam," ujarnya.
Turut diumumkan pada majlis pelancaran lagu Kenyir... Keindahan Alami ialah keputusan cabaran sukan lasak pacuan empat roda, Kenyir Eco Trophy 2022 yang berlangsung dari 18 hingga 20 Mac lalu.
Kenyir Eco Trophy 2022 memulakan cabaran dari Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu ke Sungai Kelemin dan berakhir di Tasik Kenyir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live