Pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Vida mengakui sedia menerima kecaman dan kritikan orang ramai apabila video muzik bagi single terbaharunya, Ku Ikhlaskan mula diluncurkan untuk tontonan umum tidak lama lagi.
Vida berkata, dia hanya mengambil kritikan positif sahaja memandangkan tujuan utama penerbitan video muzik tersebut adalah untuk menggalakkan penonton memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
“Tujuan asal saya buat MV ni supaya selepas orang tonton, mereka boleh menghulurkan derma dan duit derma itu akan saya salurkan kepada mereka yang memerlukan seperti asnaf, anak yatim, tahfiz dan masjid.
“Saya mahu menjadi pemegang amanah kepada sumbangan ikhlas tersebut dan ia akan mula diagihkan kepada beberapa tempat sepanjang bulan Ramadan nanti untuk kegunaan moreh, buka puasa dan juga sahur.
“Jujurnya, saya buat video muzik ini bukan suka-suka. Saya buat untuk dunia dan juga akhirat,” katanya kepada Gempak.
Sepatutnya menemui penonton pada pukul 5 petang Ahad lalu, namun, pelancaran video muzik berkenaan terpaksa ditangguhkan atas sebab teknikal.
“Ada beberapa sebab kenapa saya tangguhkan pelancaran video muzik berkenaan. Pertama, saya tidak berpuas hati dengan coloring dan yang kedua, masa yang diambil untuk render juga sekitar tujuh jam.
“Saya berharap agar segalanya berjalan lancar memandangkan storyline memang kena dengan lagu tersebut,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi beberapa teaser yang diterbitkan oleh Vida, ramai yang menyifatkan pemakaiannya dalam video muzik berkenaan sebagai keterlaluan.
Memberi komen mengenai hal tersebut, Vida berkata: “Saya tak pakai macam tu selama-lamanya. Saya hanya berfesyen sebegini untuk video muzik sahaja,” ujarnya sambil tertawa.
Izwan Isa
Sun Mar 20 2022


GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.