Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dia bersama usahawan kosmetik itu pernah merancang untuk berkahwin pada beberapa tahun terdahulu.

Menerusi laman sosial Instagram, Iqbal membuat pendedahan tersebut untuk tatapan umum.

Menurut Iqbal lagi, dia juga telah membawa DSV pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya.



Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp di antara mereka berdua, DSV telah mengambil ujian kesuburan untuk memperoleh anak.

“Alhamdulillah beliau masih mampu melahirkan zuriat. Namun kami memikirkan perasaan banyak pihak,” kata Iqbal mengenai perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tiga tahun lalu.

Di samping itu, Iqbal turut meminta nasihat daripada rakan seindustri, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai hubungannya bersama DSV.

Menurutnya, Aliff Syukri merupakan penasihat yang baik meskipun perwatakannya yang lucu dan bersahaja.

“Kalau awak rasa bahagia, ikut kata hati sebab bagi saya perasaan ni tak boleh nak tipu. Kalau awak rasa dia seorang wanita yang baik yang membahagiakan awak, tak salah nak kahwin,” ujar Aliff.



Terdahulu, nama Iqbal kembali menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan tersebut.

Namun DSV menafikan khabar angin tersebut dan beranggapan itu sekadar gosip.

BACA: “Saya Akan Cari Level Saya, Berpengalaman, Kaya &..” - Vida Dah Ready Nak Kahwin? Bekas PA Calon?

Padanya, anak-anak, keluarga dan masyarakat adalah keutamaannya ketika ini.