Laman Utama

DSV Kecewa, Beli Nasi Dagang Tapi Basi & Berlendir, Rupanya Ramai Share Peniaga Ada Tak Jujur

gempak
Mya Amri
12/04/2022
09:15 MYT
Sponsor Banner
DSV Kecewa, Beli Nasi Dagang  Tapi Basi & Berlendir, Rupanya Ramai Share Peniaga Ada Tak Jujur
Usahawan terkenal Datuk Seri Vida kecewa apabila makanan yang dibelinya basi sebelum sempat dijamah untuk bersahur.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Vida memaklumkan Nasi Dagang yang dibelinya itu berlendir dalam masa satu jam.
“Kecewa sahur, pukul dua pagi gigih suruh pemandu cari Nasi Dagang dekat Kg Baru, KL. Pukul dua pagi… Sahur tiga pagi tak kan basi.
“Hauk, basi berlendir. Memang masak untuk apa ini ya. Padahal masa beli dalam pengukus,” luahnya kecewa.
Sementara itu menerusi ruangan komen posting tersebut, rata-rata pengikutnya juga berkongsi cerita yang sama.
Ada yang mengakui pernah mengalami situasi seperti Vida di mana makanan yang dibeli basi sebelum sempat dijamah.
Kata mereka, ramai peniaga yang cuba mengambil kesempatan dan tidak menghiraukan kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live