gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Halim & Kmy Kmo Tampil Dengan 'Layar Boneka', Lagu Sarat Emosi, Sindiran & Perjuangan Diri
HIBURAN
Niat Nak Shopping Di Tempat Aliff Syukri Tapi Penampilan Syanie Pula Jadi Perhatian Netizen - “Seriuslah Dah 51? Tak Nampak Langsung, Comelnya Awet Muda”
HIBURAN
Lisa Blackpink Buat Somtam, Reaksi Bila Rasa Masakan Sendiri Buat Peminat Terhibur - “Tak Adalah Nampak Teruk Sangat Kan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”

Umirah Halim
Umirah Halim
06/07/2025
02:57 MYT
Sponsor Banner
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan  - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan mencuri perhatian netizen apabila memberi reaksi spontan selepas melihat satu video melibatkan usahawan, Datuk Seri Vida.
Menerusi rakaman siaran langsung di TikTok, Ammar ketika itu dilihat sedang melakukan sesi jualan dalam talian sambil melayan platform tersebut.
Tidak lama kemudian, Ammar terlihat satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida cuba ‘kenenkan’ dia dengan anak perempuannya iaitu Cik B.
@aiminohh2 Berdekah weyy tengok reaksi ammar 🤣 #datoaliffsyukri #aliffsyukri #dherbs #dherbsterlajaklaris #datinshahidadherbs #ammarahyan #fyp #masukberandafyp #fypシ ♬ Funny - Gold-Tiger
“Amayan suka Cik B ke, kita kenen-kenen kan,” kata Vida dalam video tersebut yang tular di TikTok.
Reaksi spontan Ammar sebaik sahaja video itu muncul di skrin nyata mengundang gelak tawa penonton.
“Astaghfirullahalazim… selamatkanlah aku,” ujar Ammar selamba.
Menurutnya lagi, dia pelik mengapa video tersebut muncul di For You Page (FYP) TikTok walaupun bukan sesuatu yang ingin ditontonnya.
“Kadang-kadang TikTok ni pelik, video yang saya tak nak tengok mereka letak juga di FYP,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Ammar terhadap video tersebut.
“Kalau aku jadi dia pon aku beristighfar banyak-banyak, bukan sebab Cik B (Cik B baik hokey, kita suka dia) tapi sebab mak Cik B. Cukup ada bapak sendiri yg memeningkan kepala 🤣🤣.”
“Siap istighfar HAHAHAHA. Amayan dah cukup trauma dengan papa dia, ni nak tambah mak Cik B pulak… lagi trauma la Amayan,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Ammar Ahyan merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan sering mencuri perhatian netizen kerana sifatnya yang tenang dan matang berbanding karakter bapanya yang lebih lantang dan sering mencetuskan kontroversi.
Topic Berkaitan
#Anak
#Aliff Syukri
#DSV
#Ammar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement