Hiburan

Dua Aktres Baru Berebutkan Pengkid

gempak
Ahmad Shah
04/01/2016
07:21 MYT
Sponsor Banner
Dua Aktres Baru Berebutkan Pengkid
Terkejut Miss K mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh rakan Miss K, Salinah Komes.
Menurut Salinah, dua orang aktres baru yang sedang mencipta nama dalam persada seni tanah air rupa-rupanya menyimpan selera terhadap kaum sejenis.
Nampak sahaja lembut dan penuh dengan ciri kewanitaan, kedua-dua aktres itu sebenarnya sedang sibuk mendekati seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki. Senang cerita, pengkid.
Menurut Salinah yang merupakan rakan kepada pengkid itu, kedua-dua aktres ini sedang sibuk menyusun kata-kata manis demi mengayat dan merebut cinta si pengkid.
Tidak cukup berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, mereka juga kadangkala berhubung menerusi panggilan video.
Pengkid ini juga bukan calang-calang orangnya, dia merupakan seorang yang berada. Patutlah kedua-dua aktres ini sibuk menghimpit!
Ramai peminat terpedaya dengan keayuan wajah kedua-dua aktres ini. Dalam lakonan, mereka kelihatan sangat jelita dan feminin, tetapi rupa-rupanya bernafsu songsang.
Miss K harap sangat yang kedua-dua aktres itu sedar yang apa mereka lakukan merupakan perkara yang tidak betul!
Miss K: Tak sabar nak tengok Akim dan Stacy naik pelamin bulan Februari nanti.
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live