Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Beranak Antara Ditahan Ponteng Solat Jumaat, Jika Sabit Kesalahan Boleh Didenda & Dipenjara

Gempak
20/07/2024 05:40 MYT
Seorang bapa dan anak lelaki antara empat penjaja yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas didapati meninggalkan solat Jumaat dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, dekat Sungai Tong pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Apakah Hukum Ponteng Solat Jumaat Kerana Nak Teman Isteri Bersalin?

Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas pemantauan dilakukan oleh anggota penguat kuasa syariah wanita bermula jam 1.30 tengah hari hingga selesai tempoh waktu solat tersebut.

"Tangkapan ke atas mereka dibuat sekitar jam 2 petang selepas mendapati mereka tidak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

"Mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Setiu untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jamin hadir ke mahkamah," katanya.

BERITA TRENDING: Roslan Shah Kecewa Orang Islam Singapura Selamba Merokok & Makan Tempat Awam - "Kalau Tak Puasa Cik Lan Makan ..."

Aizi Saidi berkata, lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).

"Bagi kesalahan itu, mana-mana lelaki yang mukalaf tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan satu kesalahan.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," ujar beliau.

Denda, penjara

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan ke atas individu Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JHEAT dengan kerjasama Pegawai Penguat kuasa Syariah Setiu dan Besut.

"Kira-kira 30 anggota penguat kuasa turun ke pasar pagi di Pantai Rhu 10, untuk menjalankan kempen pencegahan jenayah syariah dengan mengedarkan risalah kepada orang ramai," katanya.

BERITA TRENDING: Kaki Ponteng, Fizo Omar Berubah '360 Darjah' Bila Nak SPM - ."Apa-apa pun Kasi Henjut..."

BERITA TRENDING: Cubaan Ponteng Puasa Achey Gagal, Kantoi Dengan Isteri


Sumber: Sinar Harian
#Viral #Penjara #Terengganu #Solat Jumaat #Denda #Jabatan Agama Islam #Ponteng