Penyanyi Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik foto terkini bersama anaknya, Cinta Sumayyah.

Cinta Sumayyah yang bakal menyambut hari ulangtahun kelahiran ke-8 pada 27 Ogos ini, kelihatan saling tak tumpah seperti ibunya.

Fesyen dan gaya sempoi mereka juga sama, sehingga menarik perhatian warga net dan berpendapat, dua beranak ini kelihatan seperti adik beradik.

A daughter is just a little girl who grows up to be your best friend ❤️

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Menerusi satu lagi foto yang dimuat naik juga, Elyana turut membuat senarai beberapa perkara disukai dan tidak disukai Cinta.

Menurut Elyana, anaknya itu paling tidak suka mengambil gambar, memiliki sifat garang tetapi mudah kasihan kepada orang lain dan malas membuat kerja rumah (gurauan Elyana).

Cinta juga pandai melukis komik, tidak suka makan ayam, gemar membuat lawak dan minat lagu-lagu rock kerana salah satu cita-citanya mahu menjadi rockstar.

Foto bersama Cinta itu dirakam Elyana ketika membuat persembahan di Plaza Angsana Johor Bahru, pada bulan Julai lalu.

Anak Perempuan Ku Cinta Sumayyah . . Paling tak suka ambil gambar Garang tapi cepat kesian pada orang Malas buat homework Pandai lukis comics Tak suka makan ayam Suka buat lawak Suka lagu rock sebab salah satu cita-cita nak jadi rockstar ?

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Selain itu, para pengikut IG turut mendoakan Elyana terus diberikan kesihatan dan terus kental melawan kanser dihidapinya.

Elyana ketika ini, masih menjalani proses rawatan kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak lapan tahun lalu