HIBURAN
“Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
Pelakon, Datin Atikah Suhaime, berkongsi momen istimewa apabila buat pertama kalinya berpeluang memandikan anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, selepas dua bulan kelahiran.
Menerusi perkongsian di media sosial, Atikah mengakui sebelum ini tidak berani untuk menguruskan sendiri rutin mandi anaknya, namun akhirnya memberanikan diri selepas menerima tunjuk ajar daripada pengasuh.
“Pertama kali mandikan Mulan. Sudah dua bulan baru berani,” tulis Atikah dalam satu hantaran.
Menurut Atikah, dia mula belajar cara yang betul memandikan anak daripada pengasuh yang dikenali sebagai Kak Sri, malah turut berkongsi kelebihan aktiviti itu dalam mengeratkan hubungan ibu dan anak.
“Hari ini belajar dari pengasuh untuk mandikan Mulan. Dia cakap kena belajar mandikan sendiri sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak," ujarnya.
Atikah juga mengakui Mulan sangat serasi dengan pengasuh tersebut, namun kini dia berasa lebih tenang dan tidak lagi cemburu kerana percaya pengasuh itu melayani anaknya dengan penuh keikhlasan.
“Mulan sangat selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain dalam rumah ini. Sekarang tak cemburu lagi sebab dia layan Mulan ikhlas.” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Atikah Suhaime mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 Mac 2025, yang diberi nama Lyla Mulan Teh.