Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Didakwa Miliki, Jual Android Box Tanpa Kelulusan SKMM

Awani
07/04/2023 11:42 MYT
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas kesalahan memiliki dan menjual android box tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, N Priscilia Hemamalini.

Yap Kim Fatt, 42 tahun dan Chu Kar Wai, 29 tahun didakwa mengikut Seksyen 43AA Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 kerana memiliki dan menjual tiga perkakas itu dengan kandungan yang tidak dibenarkan.

Pendakwaan terhadap tertuduh menyaksikan mereka merupakan yang pertama didakwa mengikut akta itu sejak pindaan berkuat kuasa pada Mac tahun lepas.

Kedua-dua tertuduh turut didakwa melanggar Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 untuk setiap tertuduh.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ilya Ellyna Nor Azmal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Mahkamah menetapkan 19 Mei depan untuk pengurusan kes.

AWANI
#SKMM #Android Box