Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Dunia Terlebih Kacau, Apa Pula Senduk Swap Ni?

Amri Hassan
04/08/2022 13:16 MYT
Genre komedi kekeluargaan kulinari dan fantasi jarang dipertontonkan kepada khalayak.

Tapi apa yang bakal korang tonton nanti lebih menarik daripada sekadar komedi kekeluargaan, cerita fantasi dan kulinari.

Drama bersiri terbaharu Senduk Swap menjadikan lebih drama dan bukan semata-mata berkongsi resepi dan fantasi.

Sinopsis Senduk Swap

Senduk Swap merupakan siri komedi famili mengisahkan dua remaja, Ayu dan Sofea yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza.

Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.

Drama Senduk Swap dibintangi Qasrina Karim, Emma Sofea, Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Senduk Swap akan mula bersiaran pada 9 September setiap Jumaat pukul 3 petang di saluran TA-DAA! (CH612).

#Drama #Eizlan Yusof #Fatimah Abu Bakar #Emma Sofea #Qasrina Karim #Senduk Swap