Program realiti The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra akan memasuki episod kesembilan Rabu depan.

Tinggal dua episod sahaja lagi, sudah tentu lebih banyak perkara menarik dan yang tak diduga akan berlaku.

Dalam episod lapan Rabu lalu, Ezurin ada menyebut beliau akan kembali ke kehidupannya kerana kerja-kerja ubah suai kediamannya di kota hampir siap tidak lama lagi.

Sempena itu, beliau juga merancang untuk mengadakan BBQ Party sebelum meninggalkan rumah yang didiami di Hulu Langat, Selangor itu.

Namun, adakah urusan Ezurin untuk kembali ke kota berjalan lancar? Adakah perancangannya juga akan berlaku seperti yang dimahukan?

Semuanya akan terjawab tidak lama lagi, apa yang penting, jangan terlepas menyaksikan episod sembilan dan episod akhir!

The House yang turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas menonton mana-mana episod, usah risau, anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaha pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.