Usai menonton previu filem Dua Garis Biru baru-baru ini, rata-rata penonton yang terdiri daripada rakan-rakan media berpuas hati dan memuji isu yang diangkat pengarahnya, Gina S. Noer.
Malah sebelum tayangan bermula pun, Gina sudah menerima tepukan gemuruh penonton apabila dia dengan rendah diri membuka ruang kepada penonton untuk menjadikan filem Dua Garis Biru sebagai ruang diskusi.
“Saya harap penonton semua dapat menerima apa yang cuba disampaikan menerusi filem ini, dan saya membuka ruang untuk diskusi mengenainya,” katanya.
Gina juga turut memberitahu dia amat mengangumi Allahyarham Yasmin Ahmad, sutradara disegani di Malaysia.
Jadi tidak hairanlah filem Dua Garis Biru mempunyai garapan yang hampir serupa dengan filem-filem arahan Yasmin seperti pemilihan lagu, penekanan nilai feminismnya dan terbuka untuk dikritik.
Dua Garis Biru adalah kisah mengenai kehamilan luar nikah dua pelajar sekolah menengah yang baru berusia 17 tahun.
Ya, ia sesuatu yang ‘taboo’ dalam budaya kita, tetapi berani diangkat oleh Gina dalam filem ini. Lihat bagaimana dua watak utama Bima dan Dara yang ‘terpaksa’ menjadi matang apabila bergelar ibu dan ayah di usia muda.
Menerusi filem ini juga penonton akan tersentuh dengan babak-babak yang memaparkan kekecewaan ibu dan bapa yang menganggap diri mereka gagal mendidik anak sehingga terlanjur.
Dari situ, penonton akan mulai terfikir apabila itu semua berlaku, siapa yang harus dipersalahkan? Orang tua atau anak?
Gina berjaya membuatkan penonton beremosi dan dalam masa sama menerapkan nilai kekeluargaan yang menunjukkan dua buah keluarga berlainan latar menyelesaikan masalah dihadapai mereka.
Jangan risau, Gina turut menyelitkan elemen-elemen lucu dan bersahaja supaya penonton tidak ‘terbeban’ dengan isu berat yang dipaparkan.
Contohnya, ibu kepada Bima yang automatic membuatkan anda terbayangkan bebelan ibu di rumah!
Dan yang paling penting, rugi jika anda tidak menonton kerana mesej positif yang hendak disampaikan terlalu banyak.
Dua Garis Biru akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 Oktober 2019.
Fiza Kamarudin
Tue Oct 01 2019
.jpg?ext=.jpg)

“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!