HIBURAN
Dua Hari Amira Othman Dapat Bunga Berbeza, Irfan Haris ‘Spill The Tea’ - “Kakak Saya Memang ‘Blushing’ Sebab Bunga…”
Penyanyi, Irfan Haris mendedahkan kakaknya iaitu Amira Othman sering tersenyum selepas menerima jambangan bunga sebanyak dua kali pada hari berbeza.
Amira blushing dapat bunga
Irfan berkongsi perkara itu menerusi panggilan yang dilakukan oleh penyampai radio ERA, Fazziq Muqris dalam segmen Chingu ERA pada Rabu.
Bagaimanapun kata Irfan, dia tidak boleh berkongsi secara berlebihan kecuali perkara itu telah dikongsi sendiri oleh Amira.
Sebelum ini, Fattah ada memuat naik foto Amira di Instagram memperlihatkan penyanyi itu terlantar di wad sebuah hospital dengan memegang sejambang bunga tulip pemberiannya.