Laman Utama
Dua Hari Berturut-Turut Melepasi Angka 7,000, Hari Ini Kes Terbaharu Meningkat 7,478
Situasi penularan COVID-19 di Malaysia kian membimbangkan apabila sekali lagi merekodkan angka harian tertinggi dengan 7,478 kes baharu, hari ini.Pertambahan melepasi angka 7,000 jangkitan baharu selama dua hari berturut-turut itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini mencecah 533,367 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatat pertambahan kes, hari ini, dengan Selangor terus mendahului dengan 2,455 jangkitan baharu.
"Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 760 kes baharu, Sarawak (640), Johor (587) dan Kelantan (547).
Advertisement
"Perlis kekal menjadi negeri melaporkan pertambahan kes yang terendah dengan lapan jangkitan baharu dikesan," katanya dalam Facebook, hari ini.
Must-Watch Video