Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Alif, 20, telah selamat menjalani pembedahan 'ikat perut' atau lebih dikenali Bariatric surgery pada Jumaat.

Dedah Nora, anaknya itu tidak mengalami sebarang komplikasi dan mengharapkan kesan terbaik selepas pembedahan itu.

"Alhamdulillah nampaknya Alif is doing well, today dah mula berjalan macam biasa. Paling penting, terharu tengok Alif gembira.

"Sebagai seorang ibu saya sentiasa mahukan yang terbaik, menyokong dan memberikan galakan kepadanya," tulis Nora menerusi entri di Instagram.

Day 2 : Post Bariatric surgery Alif. Alhamdulillah nampaknya Alif is doing well. Tday dah mula berjalan mcm biasa. Most important, terharu tengok Alif happy. As a mother, i need to be very positif, supportive & give full encouragment for him. Tq soo much @dr.mustafamt @dr.mustafamt. ??

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Aliff juga mengharapkan perubahan segera yang terbaik untuk menurunkan berat badan dengan kaedah tersebut.

"Ada sedikit rasa sakit tetapi masih mampu tanggung dan doktor pun sudah memberikan petua untuk saya jaga makan dan diet.

"Nantikan kemas kini dan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa. Jika anda mahu mengubah hidup anda, ini yang saya boleh sarankan.

"Saya rasa seperti individu baharu," kata Alif.

Pembedahan 'mengikat perut' untuk menguruskan badan merupakan prosedur paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.

Dikenali sebagai pembedahan Bariatrik, ia adalah pembedahan minor bagaikan pembedahan pundi hempedu yang mengambil masa sekitar 30 minit saja.

Pembedahan Bariatrik dijalankan dengan menggunakan kaedah laparoskopi iaitu dengan menebuk antara empat hingga lima lubang pada bahagian perut sebelum 'stapler' dimasukkan menerusinya untuk memotong. Pada masa sama mencantumkan bahagian berkenaan.

Antara selebriti yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik ialah juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah pada tahun lalu.