Laman Utama

Dua Hari Lagi Masuk Wayang, Warner Bros Tarik Tayangan The Batman Di Rusia

gempak
Maliah Surip
01/03/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Dua Hari Lagi Masuk Wayang, Warner Bros Tarik Tayangan The Batman Di Rusia
Dunia sedang menunjukkan protes terhadap Rusia yang masih tidak berperikemanusian dengan terus melancarkan serangan terhadap Ukraine.
Selepas Rusia dikeluarkan secara rasmi dari pertandingan Piala Dunia (World Cup), salah satu sektor yang ikut menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan Rusia adalah hiburan.
Terkini, kuasa besar Hollywood menerusi rumah produksi Warner Bros memutuskan untuk menarik balik sekaligus menangguhkan tayangan filem terkini mereka yang paling dinanti, The Batman di Rusia.
The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson dijadualkan menemui penonton secara global pada 3 Mac ini. Namun, Warner Bros nampaknya mengikut langkah Disney apabila membuat keputusan untuk tidak memasarkan filem tersebut.
“Mengambil berat mengenai krisis kemanusiaan yang terjadi di Ukraine, WarnerMedia menghentikan pemasaran filem The Batman di Rusia,” tulis sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan, lapor The Hollywood Reporter.
Kenyataan tersebut juga menambah akan terus memantau perkembangan perang yang meletus dari sesama ke semasa.
“Kami mengharapkan tragedi ini akan segera selesai dan bertemu jalan damai,” tambah pihak Warner.
Ironi, Rusia adalah pasaran atau lubuk mengaut keuntungan selepas Hollywood. Namun, kali ini, pihak rumah produksi mengenepikan soal keuntungan demi menentang sikap tidak bertanggungjawab dan biadab Rusia.
Malah, selain The Batman, terdapat beberapa filem Warner Bros yang dijadualkan tayangannya di Rusia. Ini termasuklah filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (14 April) dan DC League of Super-Pets (19 Mei).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live