gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Meganya! Rabbani Muncul Dengan Konsert Intifada Rabbani September Depan
HIBURAN
Asia Championship 2025 Tawar Aksi Tinju Moden Bersulam Dunia Digital
VIRAL
Bintang TikTok Mati Diracun Akibat Tolak Kahwin Paksa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Dua Hari Tulis Pesan ‘Cukup Untuk Minggu Ini’, Penyanyi Country Toby Keith Meninggal Dunia

Maliah Surip
Maliah Surip
07/02/2024
11:53 MYT
Sponsor Banner
Dua Hari Tulis Pesan ‘Cukup Untuk Minggu Ini’, Penyanyi Country Toby Keith Meninggal Dunia
Penyanyi yang terkenal dengan muzik Country, Toby Keith meninggal dunia selepas dua tahun didiagnos menghidap kanser perut.
Keith meninggal dunia pada usia 62 tahun dengan disaksikan oleh ahli keluarga.
Keluarga juga mendedahkan pemilik lagu Should’ve Been a Cowboy itu menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pada 5 Februari 2024.
“Dia melawan penyakitnya dengan baik dan berani,” ujar kenyataan yang diberikan keluarga seperti dilaporkan AP.
Sepanjang bertarung dengan kanser perut yang dihidapi, Keith masih aktif membuat persembahan kebanyakannya di sekitar Los Angeles pada Disember tahun lalu.
Keith malah telah mengemas kini Instagram dengan video dirinya selesai membuat persembahan dua hari sebelum berita kematiannya membuat peminat berduka.
“Cukup untuk minggu ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi yang menjadi popular sekitar tahun 90-an ini juga sempat melakukan persembahan pada People’s Choice Country Awards 2023 dengan mendendangkan lagu Don’t Let the Old Man In.
Malah sebulan lalu Keith yang telah melakukan pembedahan, radioterapi dan rawatan lainnya menerusi temubual dengan KWTV mengakui penyakit kanser tidak ubah seperti roller coaster.
“Anda hanya duduk dan menunggu ia pergi (kanser) tapi ia mungkin tidak pernah hilang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Hollywood
#Meninggal Dunia
#Country
#Toby Keith
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement