“Dua Kali Along Mimpi Abah Pergi…” - Sebak Coretan Ryzal Ibrahim, Pedihnya Kehilangan Bapa Tersayang…
Mya Amri
04/04/2023 00:50 MYT
04/04/2023 00:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim baru sahaja kehilangan bapa tersayang, Nik Ibrahim Nik Amin pada Isnin.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Ryzal dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih Allah kerana pinjamkan abah pada kami,” tulisnya.
Bagaimanapun menerusi hantaran berbeza di ruangan Insta Stories miliknya, Ryzal membuat coretan menyentuh hati selepas pemergian bapanya.
Menurut Ryzal, dia telah bermimpi kehilangan bapanya sebanyak dua kali dan perkara itu membuatkan dia menangis dalam tidur.
“Dua kali along bermimpi abah pergi, dalam tidur along menangis, bangun daripada tidur along menangis, ketika mandi along menangis.
“Abah jarang senyum, jarang bercakap, setahun sekali dua sahaja kita bercakap. Sudah lama along tak rapat dengan abah, melihat senyuman abah ketika ini mengukir satu senyuman pada kami sekeluarga,” coretnya.
Tambah Ryzal lagi, pemergian bapanya itu benar-benar berbekas dihatinya lebih-lebih lagi apabila terkenang memori mereka bersama.
Tambah Ryzal lagi, pemergian bapanya itu benar-benar berbekas dihatinya lebih-lebih lagi apabila terkenang memori mereka bersama.
“Along hanya ingat senyuman terakhir abah ketika kami berusia 9-10 tahun ketika abah pulang dari kerja dan senyum bawa makanan. Along cuba ingat memori indah dan hanya itu sahaja yang ada.
“Abah, ilmu kontraktor dan engineering abah ada pada Amin (Angah), ilmu Al-Quran dan kerja kuat abah ada pada Ayub (Achik), bakat bermain muzik abah juga turun pada Amin.
“Bakat penulisan dan public speaking abah ada pada Along. Kepintaran abah juga ada pada Nabila. Asyraf sahaja belum dapat dilihat apa yang dia ambil daripada abah.
“Kami semua adik beradik membesar dengan baik, masing-masing ada kemahiran tersendiri untuk teruskan hidup.
“Along cuma sedih abah tak dapat lihat cucu abah membesar dan bermain bersama.
“Terima kasih abah kerana telah memberikan kami kebahagian sementara. Terima kasih Allah kerana pinjamkan abah pada kami.
“Momen ini diambil Nabila ketika kita makan bersama di luar buat kali pertama dan terakhir. Ini juga muzik kegemaran abah,” tulisnya.
Sementara itu, Ryzal juga turut menerima ucapan takziah daripada rakan selebriti di ruangan komen.
“Salam takziah, semoga ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin. Al - Fatihah,” - Zizan Razak
“Salam takziah abang Ryzal dan keluarga…” - Qasrina Karim
“Salam takziah buat Ryzal dan keluarga. Moga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Al-Fatihah,” - Dazrin