Pelakon Wafariena melahirkan rasa syukur apabila dia berjaya memiliki kereta idamanya sekali gus mencapai sasaran baru pada tahun ini.

Pernah ditipu dua kali sehingga mengalami kerugian, Wafariena bagaimanapun berteima kasih kepada ibunya dan semua pihak yang membantunya.

“Alhamdulilah. ‘Unlock’ pencapaian baru. Terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu, terima kasih telah memudahkan segalanya buat Wafa.

“Terima kasih buat ibu sentiasa doa yang terbaik untuk Wafa. Terima kasih abang Adynawari yang telah berusaha sehabis mampu dari A sampai Z .

“Saya tak mampu berkata. Tak nak cakap banyak dalam kapsyen, tengok la video sampai habis,” kata Wafariena menerusi video yang dimuat naikkan di laman sosialnya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya pelakon Azhan Rani serta Pablo Amirul turut mengucapkan tahniah kepada Wafariena atas pencapaiannya itu.

“Inspirasi! Keep up a good work. Raya kereta baru la awak,” komen Pablo Amirul.

A post shared by ????? ??????? ????? (@wafarienaroslan)