Hollywood
Dua Kali Sehari, Pemuda Ini Sudah Tonton Avengers: Endgame 110 Kali!
Tak berjaya sesebuah filem tanpa sokongan peminat! Buktinya seorang pemuda dari Florida, Amerika Syarikat ini telah meluangkan masa untuk menonton filem Avengers: Endgame sebanyak 110 sejak ditayangkan.
Pemuda bernama Agustin Alanis itu telah mencipta rekod Guinness Book Of World Records baharu selepas mengalahkan Anthony Mitchell yang menonton Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali.
"Saya bekerja 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hujung minggu sekurang-kurangnya enam jam,” kata Agustindalam mesej di Twitter pada Isnin disertakan gambarnya dengan pekerja pawagam memegang tiketnya yang ke-110.
Round/View 110
They are SHIELD...Well, actually Hydra. But, we didn't know that yet.#avengersendgame #TigreVengador @RobertDowneyJr @ChrisEvans @Russo_Brothers @Avengers @jimmyfallon pic.twitter.com/wYzak4gnGR— Agustin Alanis (@agalanis17) June 11, 2019
Filem mega pecah panggung terbitan Marvel Studios itu meraih AS$2.73 bilion (RM11.35 bilion) untuk kutipan seluruh dunia setakat ini, meletakkan di belakang Avatar yang mengutip AS$2.788 bilion (RM11.58 bilion) untuk menjadi filem terlaku sepanjang zaman.
Filem terbaru siri Avengers itu mengutip AS$1.2 bilion (RM4.99 bilion) pada minggu pertamanya April lalu.
Cuba bayangkan kalau ada 10 orang seperti Agustin di Malaysia, pasti kutipan filem kita pun kencang.
Sumber: Cinema Blend
Must-Watch Video