Dua Lagu Naim Daniel Tidak Tersenarai Ke AJL35, Netizen Luah Kekecewaan - “Banyak Lagu Merapu Dapat”
Azwa Rahman
16/12/2020 02:02 MYT
16/12/2020 02:02 MYT
Penyanyi Naim Daniel meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan terhadap dua lagunya, Sembah dan Adakah Kau Menungguku yang berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
Menerusi laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video sedang mengelap trofi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang dimenanginya tahun lalu untuk tatapan umum.
“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum,” tulis Naim di ruangan kapsyen.
Dua lagu Naim, Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju tidak tersenarai sebagai 12 lagu yang mara ke peringkat akhir.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kecewa mereka apabila dua karya Juara AJL34 itu langsung tidak terpilih oleh barisan juri yang diketuai oleh komposer Azmeer.
Malah, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat pada Naim untuk tidak bersedih dan sentiasa terus berkarya.
“Keputusan tahun ni sangat mengecewakan. Banyak lagi lagu best-best tak dapat. Yang merapu banyak dapat,” luah seorang wargamaya.
“Lagu Sembah patut pegi final daripada lagu yang ntah apa-apa tu,” kata seorang wargamaya.
“Takpe la Naim, takde rezeki malam ni tapi insya-Allah akan ada rezeki yang lebih baik menanti,” pujuk seorang wargamaya.
“Saya pelik tahun lepas lagu Naim masuk siap juara lagi tapi tahun ni satu lagu pun takde,” komen seorang wargamaya.
“Takpe la walaupun tak dapat masuk, saya tetap fans nombor satu Naim, i will support you. Dont give up,” sokong seorang wargamaya lagi.
Pada saringan terakhir yang diadakan pada malam tadi, 12 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Hutang (Floor 88), Eh (Zizi Kirana) dan banyak lagi.
BACA: Senarai Penuh 12 Lagu Mara Ke AJL35: Hati, Aku Bidadari Syurgamu, Belenggu Rindu, Peluang Kedua Antara 12 Finalis
AJL35 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Februari depan secara lansung di Axiata Arena, Bukit Jalil.