gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Senario Dedah Rahsia Kekal Relevan 30 Tahun - "Kami Tak Pernah Gaduh Besar, Semua Pandai Jaga Mulut & Hati"
SUKAN
Media Vietnam Puji Harimau Malaya Guna Pemain Warisan, Seru Persekutuan Guna Langkah Sama
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Dua Lelaki Maut Ditembak Di Depan Pusat Beli-Belah Di Cheras

gempak
Gempak
17/06/2025
06:50 MYT
Sponsor Banner
Dua Lelaki Maut Ditembak Di Depan Pusat Beli-Belah Di Cheras
Dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam tadi.

Terbaring berlumuran darah

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.
Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa.

"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kumpulan lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.
"Kedua-dua mangsa yang ditembak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," tambahnya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati mayat kedua-dua mangsa terbaring di hadapan kenderaan mereka.
Pada masa sama, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan bantuan Unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu, Sarawak.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bagi mengenal pasti identiti suspek.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jenayah
#Polis
#Penjenayah
#Viva
#Cheras
#Ditembak
#Jalan Loke Yew
Must-Watch Video