Berita
Dua Lipa Berjubah, Berhijab Lawat Masjid Abu Dhabi
Penyanyi antarabangsa, Dua Lipa melawat Masjid Sheikh Zayed yang terletak di Abu Dhabi ketika berada di Emiriah Arab Bersatu untuk konsertnya beberapa hari lalu.
Menerusi kemaskini di akaun Instagram miliknya, penyanyi berketurunan Albania itu berkongsi beberapa keping gambar masjid berkenaan.
Lipa dilihat mengenakan jubah dan manis berhijab ketika di sana.
Penyanyi New Rules tersebut turut meluahkan rasa kagum terhadap kecantikan seni bina masjid ketiga terbesar di dunia itu.
"Satu penghormatan dapat menjejak kaki ke masjid yang indah ini. Terima kasih," tulisnya.
Lipa sehingga kini tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya, namun ramai mendakwa dia seorang Muslim memandangkan ibu bapanya berasal dari Kosovo.
Foto: Instagram Dua Lipa Sumber: Albawaba
Must-Watch Video