Dua Lipa Dedikasi Kemenangan Di Brit Award Buat Jururawat
Maliah Surip
12/05/2021 09:50 MYT
12/05/2021 09:50 MYT
Penyanyi British, Dua Lipa baru memenangi anugerah dalam BRIT Awards. Dua Lipa diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Solo Terbaik Sepanjang Tahun.
Hanya di tahun ini, Dua Lipa melakukan hal yang istimewa apabila mengumumkan trofi tersebut didedikasikan kepada seorang jururawat, Dame Elizabeth sebagai aprisiasi dan menghargai jasa para jururawat yang berkorban menjadi frontliners selama pandemik COVID 19 melanda dunia sejak dua tahun lalu.
BRIT Awards yang berlangsung di O2 Arena, London membuat kelainan dengan memberikan setiap pemenang dua trofi, dengan satu daripada didedikasikan kepada individu yang disifatkan telah membawa perubahan sepanjang pandemik COVID 19.
Bintang berusia 25 tahun itu kemudian menerusi ucapannya mengatakan memilih Elizabeth, seorang jururawat berusia 74 tahun sebagai penerima trofi tersebut.
"Saya fikir ini adalah suatu hal yang luar biasa apabila kita dapat berkongsi anugerah ini kepada orang lain.
"Saya dedikasikan anugerah British Female of the Year kepada Dame Elizabeth Anionwu," katanya seperti dilaporkan The NewsUK.
Kebetulan, sambutan Hari Jururawat Sedunia jatuh pada hari ini (12 Mei 2021).
Pelantun hit Levitating itu juga mengatakan para jururawat yang menjadi frontliners telah membawa perubahan besar dan mendedikasikan kehidupan mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain dalam situasi yang cukup mencabar.
"Jadi mereka layak menerima pengiktirafan dan kita harus menghargai jasa mereka," kata Dua Lipa.
Dalam ucapannya, dia juga mengajak khalayak untuk menyampaikan pesan kepada Perdana Menteri UK, Boris Johnson supaya memberi pengiktirafan dan terus menyokong para jururawat secara adil terhadap pengorbanan yang telah dilakukan.
Terdahulu, Dua Lipa juga membuat persembahan sebelum dinobatkan sebagai penerima anugerah yang telah dimenanginya buat kali kedua itu. Secara total, Dua Lipa sudah membawa pulang empat trofi sejak disenaraikan sebagai calon dalam BRIT Awards.