Laman Utama

Dua Minggu ‘Down’, TMJ Disahkan Positif COVID-19. Kini Sembuh Sepenuhnya, - “The Tiger Is Back”

gempak
Azwa Rahman
23/10/2021
01:40 MYT
Sponsor Banner
Dua Minggu ‘Down’, TMJ Disahkan Positif COVID-19. Kini Sembuh Sepenuhnya, - “The Tiger Is Back”
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan diri beliau disahkan positif COVID-19 sejak dua minggu yang lalu.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membuat pendedahan tersebut untuk tatapan umum.
Few weeks of ‘down time’ physically and psychologically. Thank you for all the well wishes,” tulis TMJ di ruangan IG story miliknya.
TMJ memuat naik sekeping foto sedang berada di atas katil hospital sambil membuat isyarat ‘bagus’ dengan kapsyen ‘few days ago’
Dilaporkan sudah kembali sihat dan sembuh seperti sedia kala, TMJ turut berkongsi foto terkininya pada Jumaat.
The tiger is back,” ujarnya.
Di hantaran yang sama, ramai wargamaya terutamanya peminat setia JDT serta rakyat Johor memanjatkan kesyukuran dan menitipkan doa agar keluarga Diraja tersebut sentiasa dilindungi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024