Aktor kacak Halim Radzi sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang juga pelakon, Sharifah Husna setelah dua tahun menyulam perasaan cinta.
Menurut Halim yang terkenal dengan watak Hariz di dalam drama bersiri Jangan Menangis Cinta, keluarganya bersama pihak perempuan masih di dalam fasa perbincangan untuk mencari tarikh yang sesuai.
“Kami ada perancangan untuk ke arah itu kalau ada rezeki, Insya-Allah. Nak kata tahun ini ke, tengok dulu macam mana sebab keputusan ini terletak pada dua belah pihak.
“Lagipun kami berdua masih dalam perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai,” jelas Halim.
Menceritakan detik perkenalannya bersama Husna, mereka pada asalnya digandingkan bersama di dalam satu drama yang menjadi titik punca perhubungan cinta.
“Pada awalnya, saya mula berlakon drama dengan Husna, masa tu dia jadi heroin dan saya pelakon pembantu. Masa tu lah detik perkenalan bermula dan kami berkawan.
“Kemudian kami berdua dapat berlakon satu drama yang saya dan dia mendapat watak hero dan heroin.
“Dari situ kami jadi lebih dekat dan alhamdulillah dah masuk dua tahun mengenali hati budi,” kata Halim kepada Gempak.
Halim ditemui pada majlis berbuka puasa drama Jangan Menangis Cinta dan Dendam Seorang Isteri yang diadakan di Sacc Mall, Shah Alam pada sekitar minggu lalu.
Menjelaskan wajahnya yang dikatakan mirip dengan aktor Remy Ishak, Halim tidak terkecuali daripada menerima tempias populariti.
“Saya banyak menerima direct message (DM) daripada peminat wanita di Instagram, banyak tanya saya dah berkahwin ke belum.
“Kalau lelaki pun ramai tapi kebanyakannya bercakap pasal drama Jangan Menangis Cinta. Mesej yang merepek-repek tu alhamdulillah belum ada lagi.
“Tunang saya sangat okay, dia faham dengan karier saya sebagai seorang pelakon kerana dia juga anak seni,” ujar Halim lagi.
Azwa Rahman
Tue May 10 2022


Danial Zaini Sah Bergelar Isteri Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar