Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dua Wanita Pura-Pura Cacat Guna Tandas OKU Terima Kecaman Netizen - “Yang Kat Luar Tu Helmet Ke Otak?”

Azwa Rahman
09/12/2021 05:14 MYT
Tindakan dua orang penunggang basikal wanita mempersendakan orang kurang upaya (OKU) apabila mahu menggunakan tandas yang dikhas untuk golongan istimewa tersebut menerima kecaman wargamaya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi video asal yang diperolehi daripada platform TikTok untuk tatapan umum.



Menerusi perkongsian berdurasi 10 saat itu, menunjukkan dua wanita terbabit berpura-pura cacat ketika mahu memasuki dan keluar daripada tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Lebih memalukan, wanita-wanita tersebut kelihatan seronok dan ketawa sambil berpura-pura cacat seolah-olah ia satu perkara yang melucukan.

Namun setelah dikecam hebat, salah seorang daripada wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram miliknya.



Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berang dengan tindakan wanita-wanita tersebut sehingga dilabel sebagai ‘tiada otak’.

“Tandas oku kot. Apsal anjing yang masuk?” tanya seorang wargamaya.

“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya diorang ni,” kata seorang wargamaya.

“Balik ride tu elok la dilanggar lori 16 tayar, tapi hidup, cacat pulak, kena tinggal laki dengan anak-anak, takda modal hidup, jual beskal.. dapat la hidup sebulan dua, lepas tu mati kering mereput berbulan di tepi longkang,” berang seorang wargamaya.

“Dulu aku ingatkan budak basikal lajak dah sampah, rupanya orang tua main basikal lagi sampah. Maafkan saya budak lajak,” ujar seorang wargamaya.

“Spesis bebal ni lupa satu perkara.. esok lusa dia boleh je tergolong dalam golongan oku, penyakit atau kemalangan.. sual punya manusia yang memperlekeh, mengambil hak-hak golongan OKU.. kena kat diri sendiri ahli keluarga baru ada akai,” luah seorang wargamaya.

“Yang dekat luar tu helmet ke otak dia?” tulis seorang wargamaya.

“Seriously tak gelak langsung tengok benda macam ni. No wonderla sebab geng basikal ni memang otak letak lutut. Tengok diorang berbasikal kat jalanraya ikut suka hati macam jalan tu diorg yang punya dah tau dah macam mana ceteknya akal diorang ni,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga Twitter.

Semalam juga tular video dua pemuda berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata untuk memarkir kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk golongan itu di sebuah pusat beli-belah.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menggesa mereka berdua untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh komuniti OKU.

BACA: “Kamu Berdua Biadap!” - Ras Adiba Berang Dua Pemuda Persenda & Salah Guna Parkir OKU
#Penunggang Basikal #Persenda OKU #Golongan OKU
;