Berita

Dua Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Gempak
29/06/2024
08:16 MYT
Dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands kira-kira 11 pagi tadi.
Pengarah Bomba Pahang Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata dua lelaki itu maut akibat mengalami kecederaan di kepala.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Bentong, Pahang," katanya ketika dihubungi.
Wan Mohamad Zaidi berkata bas berkenaan membawa 21 penumpang terdiri daripada 18 penumpang warga China manakala pemandu bas dan dua pemandu pelancong adalah warga tempatan.
Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat memaparkan situasi kemalangan bas persiaran itu dengan kelihatan beberapa anggota keselamatan telah berada di lokasi kejadian.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Hiburan

Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”

gempak
03/07/2024
23:56 MYT
Pelakon Ruhainies mengakui kes khalwat yang melibatkan dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

gempak
03/07/2024
21:33 MYT
Lain macam brader ni makan kulit durian...
Hiburan

Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
"Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon," demikian kata-kata pertama daripada wanita yang merupakan isteri kepada mangsa kemalangan maut berhampiran Kolej Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Hiburan

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.
ujibakat

Kembali Selepas 7 Tahun Menyepi, Ini Cara Untuk Sertai Kilauan Emas Musim Terbaharu!

gempak
03/07/2024
18:55 MYT
Setelah tujuh tahun menyepi, Program Realiti Nyanyian 'Otai Kembali Berbisa' Kilauan Emas kini kembali!