Viral
Duduk Atas Harimau & Tour Naik Gajah, Netizen Desak Fara Mendoza Padam Gambar Menyeksa Haiwan!
Tindakan pelakon Fara Mendoza memuat naik foto duduk di atas badan seekor harimau mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan terbabit adalah penganiayaan haiwan.
Selain harimau, Fara turut memuat naik foto bersama beberapa haiwan lain antaranya gajah dan zirafah ketika percutiannya ke Thailand akhir tahun lalu.
Justeru, netizen memohon agar pelakon itu memadamkan foto-foto berkenaan sebagai tanda hormat dan tidak menyebarkan pengaruh tidak baik kepada masyarakat.
"Saya tidak boleh melakukannya sendirian, tolonglah laporkan akaun ini. Dia menyokong penderaan haiwan..
"Dia seorang influencer dan tidak sepatutny menggalakkan orang ramai melakukan perkara sebegini," tulis pengendali Twitter @ffrsshhh pada Jumaat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, perkara itu tidak diendahkan pelakon drama Ramadan Yang Hilang itu biarpun ada dalam kalangan pengguna Instagram memintanya memadamkan foto-foto terbabit dengan cara baik.
Taman safari di Bangkok, Thailand itu antara yang menjadi tumpuan pelancong di Asia Tenggara kerana pengunjung berpeluang berinteraksi dengan haiwan dengan lebih dekat termasuklah memberi makan dan sesi tour menaiki gajah.