Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Duduk Atas Pasir Pun Cantik” - Ramai Puji Emma Maembong, Tapi Ada Juga Kritik Seksi! Siap Tazkirah…

Hanafis Haris
15/06/2022 03:02 MYT

Sejak akhir-akhir ini, apa saja yang dimuat naik pelakon terkenal Emma Maembong, pasti mencuri tumpuan ramai.

Terbaru, gambar Emma bersantai di tepi pantai pula menjadi perbualan ‘hangat’ netizen.

Menerusi dua keping gambar dimuat naik di Instagramnya, Emma dilihat mengenakan pakaian ringkas serba putih sambil menggayakan kaca mata hitam.

Menerusi pemantauan Gempak di ruang komen, ramai memuji kecantikan pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu kelihatan sangat bergaya biarpun berpakaian ringkas.

Pun begitu, tidak kurang juga mengkritik penampilan Emma yang disifatkan agak seksi.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang memberikan ‘tazkirah’ supaya Emma kembali menutup aurat.

“Takutlah kamu dengan azab Allah SWT. Dedah aurat dah menjadi kemungkaran yang terbiasa. Bangga dan seronok mendapat pujian dari manusia tapi dilaknati Allah SWT. Semoga kita semua diberi hidayah dan mendapat keampunan dari Allah SWT”.

“Duduk atas pantai pun cantik”.

“Maaf cakap jagalah aurat tu sikit,” kata beberapa netizen.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama netizen tidak berpuas hati dengan penampilan Emma.

Pada bulan lalu, penampilan Emma ketika bercuti di Seminyak, Bali, Indonesia turut dikritik ramai.

BACA: Melaram Singlet Ketat, Netizen Nasihat Emma Maembong - “Simpanlah Aurat Mu Emma…”




#Netizen #Seksi #Pantai #Emma