“Duduk Dengan Abang Rasa Sejuk...”- Mawar Rashid Gembira Raf Yaakob Berhijrah

Syafiqah Jalal
Oktober 21, 2020 03:00 MYT

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan suaminya Raf Yaakob kini sudah berhijrah menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Menurut Mawar dia gembira melihat perubahan itu pada Raf yang ssmakin tenang dan positif.
“Saya sangat gembira untuk kamu papalove (Raf). Bukan Anje (Mawar) je berhijrah, abang pun berhijrah juga.
“Gembira tengok abang sekarang makin tenang, sangat sabar and always senyum. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang, rasa sejuk je la.
“Dengan orang sekeliling pun, abang senyum. Abang lebih disenangi orang dan disayangi orang.. Suka tengok abang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan (dulu pun dah baik, tapi sekarang lagi baik sampai rasa makin sayang).
“Jadi ya, saya gembira kita sama-sama berhijrah. Sama-sama berubah ke arah kebaikkan. Insya-Allah demi rumah tangga yang bahagia . Saya kuat bila bersama kamu,” katanya.
Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu xia memuat naik fotonya bersama Raf.
Bagaimanapun Raf tampil membalas enteri tersebut.
“Terharu abang bila anje cakap macam tu. Sama-sama kita istiqamah ok. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kita dank anak-anak.
“Kita ni anak nak masuk dua dah tapi rasa macam baru semalam je nikah. I love you tau. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa abang saya sayangkan awak,” komennya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang gembira dengan penghijrahan Raf dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael yang berusia setahun.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

#Mawar Rashid #Raf Yaakob #Hijrah #Berhijrah