Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Duduk Depan Surau, Netizen Simpati Lihat Wajah Fattah Amin Sugul - “Sedihnya Tengok Dia…”

Asyikin Mayudin
08/10/2024 12:55 MYT
Tular sebuah video memperlihatkan pelakon Fattah Amin yang sedang duduk di surau yang dimuat naik di akaun TikTok minimart90.

Nampak sugul

Menerusi perkongsian tersebut, individu tersebut memberitahu Fattah kelihatan sugul ketika itu kerana mempunyai masalah rumah tangga.

“Waktu terserempak dekat surau ini, dia memang tengah ada masalah rumah tangga.

“Jodoh, ajal, maut..semuanya di tangan tuhan. Semoga Fattah dan Fazura kuat dengan ujian ini,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati melihat keadaan Fattah malah turut mendoakan agar aktor itu dimurahkan rezeki dan dapat memberi manfaat kepada semua orang.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”


ARTIKEL BERKAITAN:"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

ARTIKEL BEKAITAN: Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

“Sedihnya tengok dia. Betul-betul sayangkan anak bini (isteri). Tapi orang dah tak nak. Dia pun tak boleh nak buat apa dah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fattah, Fazura dan Fatimah.

“Mak aku yang tak pernah sibuk fasal artis dekat 10 kali scroll Fb hari ini mengadu kat aku ‘kesian kat Fattah Amin sedih mak tengok’.

“Aku doakan moga Fattah Amin menjadi jutawan yang kaya raya dan kekayaan Fattah Amin dapat memberi manfaat kepada seluruh manusia dan dapat jodoh yang solehah. Aamiin Ya Mujib,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

undefined
#Fattah Amin #Fattah sugul #Fattah surau #Video Fattah
;