Berapakah jumlah perbelanjaan sehari ataupun bulanan yang korang biasanya belanja? RM100 sehari? RM3,000 sebulan? Adakah benda tu yang korang belanja ni keperluan ataupun kemahuan? Cuba fikir, dengan RM50 sehari tau tak apa yang boleh terjadi?

Ha, biar Astro Gempak beritahu dengan detail lagi apa yang korang boleh buat dengan RM50 ni!

Jika korang adanya duit bernilai RM50 dalam sehari dan mengumpulkan sampai sebulan apa kata korang laburkan duit itu ke satu kediaman yang dijamin memberi kepuasan berganda-ganda!

Menariknya, korang boleh memiliki rumah moden berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan perkiraan bayaran yang bermula dari RM48* sehari sahaja, best giler! Dengan harga RM48* itu korang bukan sahaja boleh memiliki rumah malah boleh menikmati banyak infrastruktur lengkap dan fasiliti yang menarik dalam kawasan perumahan.



Memperkenalkan duduk dari EcoWorld, projek perumahan berkonsepkan perbandaran menegak, yang disasarkan pada golongan muda di bandar. Tak perlu fikir Panjang, ini adalah pilihan terbaik bagi korang. duduk mempunyai dua projek yang berlokasi di Setia Alam dan di selatan Kota Kemuning, iaitu HUNI D' Eco Ardence dan SE.RUANG D' Eco Sanctuary yang terletak di kawasan perumahan yang matang dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan untuk setiap gaya hidup.

Berikut adalah sebab mengapa duduk di EcoWorld paling Onz!:
  1. Luas & dilengkapi dengan separa perabot

Projek duduk menawarkan ruangan yang luas, susun atur rumah bersaiz 1,000 kaki persegi dan setiap unit rumah datang sekali dengan pakej separa perabot seperti kabinet dapur, pemanas air, lampu, kipas, aircond, mesin washer and dryer dan lain-lain. Menarik kan? Jadi korang boleh menjimat sedikit masa dan duit sebab korang hanya perlu fikir dan beli apa yang tidak diberikan dalam pakej separa perabot ni. Setiap unit ada 3 bilik dan 2 bilik air dan juga dua ruang parkir.
  1. Fasiliti lengkap!

Apa yang bestnya, HUNI D' Eco Ardence dan SE.RUANG D' Eco Sanctuary menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dewan serbaguna, BBQ corner dan lain-lain untuk korang yang tinggal kat sini. Malah, korang tidak perlu bersusah payah untuk keluar jauh daripada kawasan perumahan untuk mencari aktiviti lain.
  1. Lokasi strategik

HUNI D' Eco Ardence dan SE.RUANG D' Eco Sanctuary terletak di lokasi yang strategik iaitu di dalam pembangunan EcoWorld di Setia Alam dan di selatan Kota Kemuning.

Semua dekat! Dua perbandaran ini berdekatan dengan sekolah, pusat membeli-belah, kedai runcit, pusat perbankan, pusat 3S, farmasi, klinik, hospital dan pelbagai kemudahan lain, sekali gus menjadikan ia lokasi ideal.

HUNI D’ Eco Ardence mempunyai Ardence Labs di dalam kawasan perumahan. Ia dilengkapi dengan kedai seperti Jaya Grocer, myNEWS.com, ANDRA, Mich’sology, Tealive, Farmasi Health Lane dan sebagainya. Malah, kawasan Eco Ardence memberi akses mudah kepada lebuhraya New Klang Valley Express (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan.



SE.RUANG D’ Eco Sanctuary kat selatan Kota Kemuning pula mempunyai akses kepada lebuhraya utama seperti North–South Expressway Central Link (ELITE), Shah Alam Expressway (KESAS) dan South Klang Valley Expressway (SKVE). Selain itu, Sanctuary Mall juga berada di kawasan perumahan Eco Sanctuary yang lengkap dengan kedai barangan keperluan dan restoran yang bakal memudahkan anda untuk mendapatkan keperluan harian. Columbia Asia Hospital pula hanya berjarak lebih kurang 10 minit dari Eco Sanctuary.



Harga projek duduk kat HUNI D’ Eco Ardence and SE.RUANG D’ Eco Sanctuary bermula dari RM3xxk untuk setiap unit. Dengan bayaran ansuran bulanan yang serendah RM1,450* ataupun RM48* sehari sahaja, rumah impian korang bakal menjadi kenyataan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.


duduk kini telah dibuka untuk pendaftaran. Korang boleh layari laman web www.duduk.my untuk informasi lanjut. Dapatkan berita terkini mengenai projek duduk menerusi laman Facebook dan Instagram mereka atau kunjungi unit pameran duduk HUNI D’ Eco Ardence ataupun SE.RUANG D’ Eco Sanctuary sekarang!