Mungkin sukar untuk diterima sesetengah daripada kita, namun itulah hakikatnya apabila Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai amaran buat rakyatnya.

Kenyataan tersebut dibuat oleh jurucakap kementerian kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi menerusi satu posting rasmi di akaun Twitter Kemenkes RI.

Menurut posting itu, varian ketiga yang muncul lebih cepat menular berbanding sebelumnya.

“Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” tulis ciapan akaun Twitter kementerian negara itu.

Ciapan itu turut memaparkan poster Dr Siti Nadi Tarmizi yang menjelaskan faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana wujud pergerakan tinggi dan varian baru.

Susulan itu, dia menggesa rakyat Indonesia supaya kekal di rumah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan tidak pulang ke kampung.

Difahamkan, keadaan Covid-19 di Indonesia semakin pulih.

Anda boleh lihat jumlah berkenaan menerusi gambar rajah di bawah.