Penyanyi Aizat Amdan mengambil inisiatif untuk menyampaikan kesedaran kepada segelintir masyarakat yang masih memandang ringan Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Menariknya, Aizat menggunakan pendekatan dengan mengubah lirik lagu asal milinya berjudul Hanya Kau Yang Mampu dalam versi nasihat.

Aizat kemudiannya memuat naik video pendek itu beserta lirik lagu yang diubah di akaun Instagramnya semalam.

Video tersebut merakamkan Aizat sedang menyanyi sambil bermain gitar secara bersahaja.

“Harusnya kau patuhi perintah berkurung. Bukannya beli tiket untuk balik kampung.

“Berita yang membuatku panik takkan berakhir. Hanya engkau yang mampu hentikan virus ini. Duduk rumah ooohh… Duduk rumah ooohh #dudukrumah,” tulisnya.
View this post on Instagram

Harusnya kau patuhi perintah berkurung Bukannya beli tiket balik kampung Berita yg membuatku panik takkan berakhir Hanya engkau yg mampu hentikan virus ini Duduk rumah ooohh Duduk rumah ooohh #dudukrumah

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan) on

/>
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat Aizat.

“My favourite song finally makes sense now hahahaha,” komen @yulaina.y

“Hahaha sampai buat lagu lah suruh duduk rumah,” usik @nurulhusna

“Tak faham juga tak tahulah sampai Aizat pun dok buat lagu duduk rumah, best juga dengar,” komen @idaaziz

Apapun jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, gunakan 'sanitizer' dan kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!