Laman Utama

“Duduk Seorang Pun Boleh Nervous” - Zul Ariffin Gementar Sebab Don Dukun

Mya Amri
15/07/2022
09:30 MYT
Pelakon Zul Ariffin mengakui rasa gementar ketika menjalani penggambaran filem Don Dukun yang kini berlangsung di Kelantan.
Bagaimanapun kata Zul, dia tetap melakukan yang terbaik dan berjaya mengawal rasa gemuruhnya.
“Setakat ini, filem Don Dukun inilah yang beri saya rasa gementar di set. Agak sukar untuk membuatkan saya nervous on set.
“Duduk sorang pun saya boleh rasa gementar, tetapi saya harus hilangkan perasaan itu sebab kita jalani penggambaran dalam masa yang lama dan kita tahu hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Saya tidak kisah, letak lah berapa banyak kamera pun di hadapan saya. Setakat ini dengan siapa pun saya berlakon, saya tak gemuruh sebab untuk lakonan, kita datang bekerja, melatih diri bertahun-tahun. Tetapi bila masuk set untuk naskhah ini rasa lain macam,” katanya.
Zul ketika ditemui di set penggambaran Don Dukun bertempat di Kelantan pada Khamis.
Kata Zul naskhah ini membuatkan dirinya berasa gementar kerana genrenya iaitu komedi seram.
“Komedi banyak pecahan, komedi adventure, traveling, keluarga dan sebagainya. Kalau komedi saya lebih selesa ramai-ramai. Bukan tak yakin, saya rasa risikonya rendah sedikit.
“Sudah tentu bila komedi kita akan fikir benda yang menyeronokkan tetapi dia akan jadi tak seronok kalau kita ada perasaan teragak-agak.
“Bila kita duduk dengan orang yang yakin dengan flow komedi maka secara automatik kita juga akan ikut sama keyakinan tu.
“Tetapi kalau orang itu teragak-agak, kita lagi akan jadi lebih teragak-agak sebab ia bukan ‘padang’ kita.
“Tapi kalau nak suruh saya buat babak-babak aksi, seram dan sebagainya seperti sebelum ini saya tidak ada masalah.
“Jadi kita mahu berikan yang terbaik, tidak kira apa pun sedikit sebanyak kita perlukan bantuan orang lain,” jelasnya
BACA: Astro Shaw Bakal Tampil Dengan Don Dukun! Kisah Bomoh Insta Famous Dari Pelbagai Kaum
Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan dalam filem ini Zul memegang watak sebagai Don Arif.
Filem ini juga dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk Yusof Haslam, Douglas Lim, Marsha Milan, Sangeeta Krishnasamy, Ropie, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal dan ramai lagi.
Penggambaran filem ini dijalankan di Kelantan dan Kuala Lumpur dengan tempoh keseluruhan 31 hari.
Nantikan kemunculan filem komedi seram terbitan Astro Shaw, Don Dukun yang dijangka menemui penonton tahun hadapan di pawagam seluruh tanah air.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
Hiburan

MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

gempak
25/06/2024
06:02 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) telah mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang dinanti-nantikan, yang akan mengubah Kuala Lumpur menjadi syurga sinematik dari 21-28 Julai 2024. Dengan rangkaian filem yang luar biasa, MIFFest terus meraikan semangat pawagam Malaysia dan antarabangsa.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

gempak
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.