Dugaan Baru Kahwin.. Ada Jangkitan Gangrene, Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dibuang
Zulaikha Yusof
23/03/2021 11:09 MYT
23/03/2021 11:09 MYT
Ahli kumpulan Indigo, Bad, 46, mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetes.
Menurut Bad, hari ini sudah memasuki hari ketiga dia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Hari ketiga berada di PPUM. Ada jangkitan 'gangrene' di jari kaki yang paling kecil akibat luka disebabkan penyakit diabetes dan perlu dipotong jari tersebut.
"Saya masih menunggu untuk melakukan pembedahan," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia akui berasa takut tambahan pula isterinya, penyanyi Ashira, 36, tidak dapat menemani di hospital.
"Saya okey cuma takut. Ashira tak dapat nak teman tapi harapnya mereka bagilah saya jumpa walau sekejap," katanya lagi.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Bad ada memuat naik sebuah rakaman video memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan dirinya.
"Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta Ashira Aziz, anak-anak kami, mak dan keluarga saya, mentua dan ipar duai saya yang selalu mendoakan dan terus memberi semangat," tulisnya sebagai kapsyen.
Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.